Thursday, 28 May 2015
Monday, 23 March 2015
Khazanah yang tinggal dI dalam kapal FLOR DE LAMAR
Teropong |
Peti Besi zaman Belanda |
Pelayaran yang jauh dan memakan masa dalam pencarian dunia baru di Timur membuatkan para pedagang menyediakan peralatan dan bekalan yang banyak.Ia terdiri daripada makanan,pakaian mahupun senjata.Peti besi yang dipamerkan ini adalah peninggalan dari zaman Belanda.Ia memperlihatkan kekukuhan bahan yang digunakan untuk membuatnya serta ketelitian menghasilkannya hingga ia kekal untuk tempoh waktu yan lama.
Lampu yang digunakan sebagai alat navigasi |
Teropong bumi yang digunakan untuk mengamati objek-objek yang jauh yang ada di permukaan bumi. |
Jenis Matawang yang digunakan pada kurun ke 15-19 Zaman Melaka
Saturday, 21 March 2015
Sudut Galeri di dalam Muzium Samudera
Si Kuntum Laut (FLOR DE LAMAR) Suatu Misteri
Kehilangan Flor de la Mar dilaporkan :
"…Selepas merampas harta, Portugis kembali belayar ke Goa dibawah arahan Alfonso de Albuquerque dengan 4 kapal yang lain dan tongkang. Cuaca adalah baik dengan laut yang tenang apabila tiba-tiba; ketika belayar pada waktu malam disepanjang pesisir pantai Sumatera, kapal telah diserang oleh taufan yang dahsyat dengan ombak yang besar dan panah petir. Cuba untuk mencari perlindungan di pantai, Capitan lama dan gemilang telah menjadi kapal karam di pantai. Tubuh busuk dan lamanya itu terbuka sendiri dan kapal telah terbelah mejadi 2 bahagian. Bahagian belakang tenggelam sepenuhnya dibawah pasir dan akhirnya dimusnahkan oleh ombak.
Di dek, Albuquerque berusaha menyelamatkan anak
perempuan dari salah seorang hambanya yang sedang menunggu ajal. Dalam situasi
penuh dahsyat, sampan siar dari kapal terdekat, the Trinity, berjaya
menyelamatkan Laksamana dan beberapa orang Portugis, 5 jumlahnya. Namun, kapal
tersebut telah hilang sepenuhnya dengan kekayaan barangan muatannya dan lebih
400 orang laki-laki...Dengan Flor do Mar hilang akan harta karunnya untuk Raja,
emas, mutiara, berlian dan batu permata. Antara kesan-kesan peribadi Gabenor
dua singa dalam loyang dan gelang sihir yang terkenal Raja Sabandar ...”
Dari lapor an asal Albuquerque yang
diterjemahkan kedalam bahasa Melayu (surat ditulis panjang):
“Wang dalam emas, perak, tembaga, dan timah
dicipta di Melaka. Kebanyakan wang syiling timah hilang dalam Flor do
Mar…"
Flor de la Mar, atau Flor do Mar (Si Kuntum Laut) adalah kapal nau milik Portugis yang boleh menjangkau berat sehingga 400 tan, kapal ini direkodkan telah menyertai pelayaran lebih dari 9 tahun di Lautan India sehingga akhirnya dilaporkan karam pada November 1511. Kapal tersebut dibuat di Lisbon pada 1502. Pelayaran pertamanya adalah dibawah arahan pengemudian Estavao de Gama (abang kepada Vasco de Gama). Namun pada pelayaran kedua, kapal ini telah dibawa ke India oleh pihak Portugis pada tahun 1505. Pada pelayaran balik, ia telah belayar disekeliling pantai Tanjung Harapan sebelum kembali ke Mozambique untuk diperbaiki. Selepas dibaiki, Ia menyertai ekspedisi penjajahan Ormuz pada tahun 1507. Juga mengikuti ekspedisi pertempuran Diu pada tahun 1509, berjaya menawan Goa pada tahun 1510.
Kapal Flor de la Mar juga turut menjadi saksi tentang pelayaran Afonso de Albuquerque, apabila beliau kembali dalam kejayaan menawan kota Melaka pada 1511, dimana kapal tersebut dipenuhi dengan pelbagai barangan berharga dan harta yang melimpah ruah termasuk berdozen-dozen emas, tembikar, khazanah manuskrip yang dianggarkan bernilai berbillion-billion pound untuk Raja Portugis. Namun dalam pelayaran akhir tersebut, kapal ini telah karam dan tenggelam di Selat Melaka. Atas sebab itu kehilangannya terus menjadi misteri, dan hak empunya bangkai yang masih belum dijumpai masih kekal menjadi kontroversi. Replika kapal telah diwujudkan dan diabadikan sebagai rumah pameran untuk Muzium Samudera Maritim di Melaka, Malaysia sehingga ke hari ini.
Sistem Pertukaran Barangan
Sistem
pertukaran diamalkan sejak zaman berzaman dalam sejarah peradaban
manusia.Kaedah pertukaran sejumlah barangan oleh suatu pihak dengan komoditi
tertentu yang dipercayai setara nilainya milik pihak yang lain,turut diamalkan
di Melaka.Pedagang Melayu dan asing misalnya melakukan pertukaran barangan
dengan penduduk asli seperti Jakun,Semang dan Senoi.
Hasil
keluaran hutan seperti damar,rotan,cendana,akar kayu dan sebagainya ditukarkan
dengan periuk tanah,pinggan mangkuk,garam,tembakau dan lain-lain yang dibawa
oleh pedagang tempatan dan luaran.Selain daripada itu,di kalangan orang Melayu sendiri,sistem
ini turut diamalkan.Pasar merupakan tempat pertemuan dan urus niaga pertukangan
barangan dijalankan.Pedagang asing yang berniaga di Melaka turut menjalankan sistem
perdagangan ini.Namun demikian,kaedah ini tidak begitu diamalkan lagi berikutan
pengenalan sistem matawang di Melaka.
Barter trade
had been practised from a very early stage in the history of civilization.This
system,whereby a quantity of goods
belonging to one party is exchanged for commodities considered of equal value
offered by another,was also practised in Melaka.For example,Malay and foreign
traders would do barter-trade with the aborigines like the Jakuns,Semang and
Senoi.
Jungle
produce like resin,rattan,sandalwood,tree roots,and the like would be bartered
for earthenware pots,plates and bowls,salt,tobacco and other products brought
in by local and foreigh merchants.Barter trade was also practised within the
Malay community,especially in market places where people met and engaged in
business activity.Thus,foreign merchants who came to Melaka also participated
in this trade system out of necessity.However,barter trade declined after the
money system was introduced in Melaka.
Kegemilangan Perdagangan di Melaka
Abad ke 15
dan awal abad ke 16 M adalah zaman keemasan perdagangan Melaka,pelabuhan dan
kepentingan perdagangannya diketahui di merata tempat termasuk di Eropah.Melaka
merupakan contoh atau penanda imej antarabangsa dari segi barang dagangan
mahupun para pedagang yang terlibat.Sebanyak 84 bahasa yang dipertuturkan di Melaka.4
orang Syahbandar dipertanggungjawabkan mewakili kepentingan pedagang
asing.Lebih 2000 pengangkutan laut pelbagai jenis dapat berlabuh di Melaka.Pedagang
dari Arab,Parsi,India,China,Ryukyu,Filipina dan Siam berdagang di sini.
Pedagang
Arab-Parsi antara lain memasarkan wangian,peralatan dari
kaca,permaidani,ubat-ubatan dan sebagainya.Dari China,barangan tembaga,the,sutera
dan tembikar diperdagangkan.Pelbagai jenis kain tekatan dan candu dibawa oleh
pedagang dari India.Dari Burma,jenis hiasan berharga termasuk permata,batu aked
dan lain-lain dipasarkan.Dari Siam beras,arak, dan ikan kering turut
dibekalkan.Beras,rempah,cengkih,pala,cendana,emas,kapur barus dan lain-lain adalah
hasil keluaran Pulau Jawa,Sumatera,Kepulauan Rempah,dan Brunei.Dari Melaka dan
Semenanjung ,timah,gading,rotan dan sebagainya pula dibekalkan.Purata tahunan
perdagangan Melaka mencecah 2 juta cruzados,sementara jumlah cukai yang
dihasilkan sekitar 50,000 cruzados.Sistem pertukaran barangan dan penggunaan
mata wang dilaksanakan.Undang-undang Laut Melaka digubal bagi membantu sistem
perdagangan dan perkapalan.
The
Prosperity of Melaka Trade
15 th century and early 16 th century was the
golden age of Malacca trade, the port and its trade interests are known in many
places, including in Eropah.Melaka an example or markers international image in
terms of merchandise or even traders who get involved.A total of 84 languages
spoken in Melaka.4 people accountable Syahbandar asing.More than 2000 to represent the interests of the
merchant marine transportation of various types can be anchored in
Melaka.Pedagang of Arab, Persian, Indian, Chinese, Ryukyu, Philippines and Siam
trading here.
Persian-Arabic
traders sold perfumes,glasswares,carpets,medicine and other commodities while
copper goods,tea,silk and porcelain were brought in from China.Indian merchants
brought various embroidered cloth and opium while merchants from Burma traded
in jewellery including precious stones,agate and others.The Siamese supplied
rice,liquor and dried fish.Rice,spices,clove,nutmeg,sandalwood,gold,camphor and
other products were brought in from Java,Sumatera,the ‘Spice Islands’ and
Brunei.From Melaka and the Peninsular,tin,ivory,rattan,and the other goods were
traded.The average annual volume of trade touched 2 million cruzados while
taxes collected amounted to about 50,000 cruzados.Barter trade and monetary
transaction were carried out.The Melaka Maritime Laws were promulgated to
regulate trade and shipping.
Barangan Sutera |
Barangan Tembikar dan Rempah Ratus |
Pengendalian Perdagangan di Pelabuhan Melaka
Nakhoda
kapal asing yang tiba di Melaka melaporkan ketibaan mereka kepada Syahbandar.Melalui
Syahbandar,perkenan Sultan diperolehi.Bingkisan hadiah tertentu dipersembahkan.Kebenaran
berniaga,kemudahan berlabuh dan peruntukan gudang penyimpanan barang
diperolehi.Kapal-kapal besar misalnya dari Coromandel yang muatannya 12 hingga
15 ribu cruzados dikenakan 6% cukai
nilai keseluruhan barangan.Sebuah jawatankuasa tertentu dibentuk bagi menilai
dan menentukan jumlah cukai.Ia bertujuan menjamin kepentingan pihak Melaka dan
kebajikan pedagang.Sekumpulan saudagar Melaka berunding harga barang dengan
nakhoda atau wakilnya sebelum dagangan itu diagih dan dipasarkan di pelabuhan,pasar,gerai
atau sejumlah warung yang disediakan sepanjang jambatan yang merentasi Sungai Melaka.
Jangkamasa
paling sibuk berurus niaga di Melaka ialah
antara Disember dan Mac iaitu masa ketibaan kapal-kapal dari Asia Barat dan
Asia Timur,Jong,tongkang,kapal dari Jawa serta kepulauan rempah berniaga
sekitar bulan Mei hingga September.Angkatan laut di bawah Laksamanan dianggotai
oleh penduduk tempatan dan orang laut mengawasi perairan Melaka.Pemerintah Melaka
mempunyai kuasa mutlak menggubal dan melaksanakan sisitem perdagangan Melaka.Ribuan
saudagar Arab,Parsi,Gujerat dan lain-lain berkunjung ke Melaka.Sejumlah 84
bahasa dipertuturkan di sini.
Replika Aktiviti Perdagangan di Pelabuhan Melaka |
The
Management of Trade in Melaka Port
Foreign sea
captains arriving in Melaka would report to the Harbour Master (Syahbandar)and
thought him,consent of the Sultan was procured.Subsequently,gifts were
presented and trading rights,docking facilities and warehouse provisions were
accorded.A 6% ad valorem tax was imposed on larger ships originating from the
Coromandel,with tonnage between 12 and 15 thousand cruzados.A special committee
was appointed to assessand determine amount of taxes to be levied.It was aimed
to safeguard the interest of Melaka as well as the welfare of the traders.A
group of Melaka merchants would negotiate the price of the goods with the sea
captains or their representatives.The goods were then distributed and marketed
at the port,bazaar stalls or booths set up on the bridge across the Melaka River.
The busiest
period of trading in Melaka was between the months of December and March when
ships from West and East Asia arrived.Junks,boats and ships from Java and the
Spice Islands conducted their trading during the months from May to
September.The navy,comprising the natives and the Orang Laut,under the command
of the Admiral patrol the waters.The Melaka ruler had absolute power to decide
on matters pertaining to the trading system.Thousands of
Arabs,Persians,Gujeratis,and others traded here and a total of 84 languages
were spoken in Melaka.
Friday, 20 March 2015
Objektif Penubuhan Muzium Samudera
- Menyuburkan minat semua lapisan masyarakat supaya mengenali negara sendiri dan menghayati budaya,sains dan teknologi maritim.
- Muzium Samudera sebagai pusat pendidikan dan penyelidikan.
- Menggalakkan masyarakat supaya menghayati dan mengenali artifak dan warisan agar tidak lupus ditelan arus pemodenan.
- Ø Sebagai daya tarikan utama kepada pelancong.
- Ø To establish the Maritime Museum as a centre for disseminating knowledge effectively,especially in relation to the history of navigation and shipping.
- Ø To generate public interest in our country through the appreciation of the arts,culture,science and maritime technology.
- Ø To establish the Maritime Museum as a centre of learning and research.
- Ø To encourage familiarisation and appreciation of the artifacts and heritage and to preserve them for posterity.
- Ø To promote the Maritim Museum as a prominent tourist attraction.
Thursday, 19 March 2015
Latar Belakang Penubuhan Muzium Samudera
Muzium
Samudera ini merupakan usaha berkesinambungan perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
untuk menyingkapkhazanah peradaban silam.Melaluinya,kedudukan Melaka sebagai
sebuah negeri yang penting di dalam sejarah kesamuderaan dan perdagangan
maritim,diserlahkan.Muzium ini ditempatkan di bangunan gudang lama Guthrie
bersebelahan replika kapal Portugis(Nau).
Muzium ini
berteraskan “Alam Samudera dan Kemanusiaan”,antara lain mencerminkan bagaimana
manusia menguruskan dan memanfaatkan samudera.Pamerannya berkonsepkan proses
ketamadunan dan perubahan teknologi yang berkembang seiring dengan arus
pembangunan negara.
Menginsafi kepentingan alam samudera terhadap
makhluk sejagat,PERZIm merasakan sewajarnya khazanah-khazanah dan kekayaan alam
yang ada di samudera ini,dipertontonkan kepada umum.Muzium Samudera ini
ditubuhkan demi menilai dan menghargai keindahan dan keunikan alam samudera di
samping menghayati kuasa Illahi.Persoalan mengenai rahsia dan misteri
samudera,di samping peranannya mewarnai peradaban manusia mungkin terjawab di
sini.
A Background
to the Maritime Museum
The museum represents
a continous effort by Malacca Museums Corporation (PERZIM)to unveil the past
heritage.Though such endeavour ,the position of Melaka in the maritime history
and the seabome trade is depicted.The museum is housed in the building which
was formely a Guthrie’s godown,next to the replica of the Portugese Nao.The
concept of this museum is ‘Ocean and The Mankind”.It depicts how human being
perceived aand derived benefits from the seas.The Museum’s displays reflect the
concept in which civilization and technological change flourish in line with
the development of the nation.
In view of
the importance of the ocean to mankind universally,PERZIM is commited to
present the public the oceanic realm with their beauty and uniqueness,besides
testifying to the greatness of ALLAH.
The question
and solutionto the sacret and mystery of the seas and their contribution to the
civilization of the mankind may be answered by the visit to this particular
museum.
Pandangan Sisi |
Monday, 9 March 2015
Sejarah Binaan Muzium Samudera
Kerja-kerja membina muzium ini mula dilaksanakan pada bulan Februari 1992 dan siap sepenuhnya pada bulan Oktober 1993.Muzium Samudera telah dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Malaysia,Dato' Seri Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994.Muzium ini mempamerkan Sejarah Kesamuderaan Melaka dalam empat era,iaitu Era Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511),Era Portugis(1511-1641),Era Belanda (1641-1795) dan Era British (1824-1957)sehinggalah kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.
Fokus utama muzium ini iaah sjarah maritim dan kegemilangan Melaka.Turut dipamerkan ialah rempah ratus,diaroma ,audio visual,lukisan,peta lama,model kapal dan artifak yang berkaitan maritim di Melaka.Muzium ini mengingatkan kita bahawa hilangnya kuasa politik, maka hilanglah segala.galanya.
The maritim museum is a model of the Portugese Nau.During its time, the Nau served as a vessel for trading and warfare.The size and load capacity varied in accordance with the needs of the 16th and 17th century.This type of ship used triangular or rectangular sails and its structurally reinforced with concrete and panelled with 'cengal' and 'resak' wood.The musueum measures 110 feet long and 22 feet wide and its interior has been modified to adapt to its purpose as a museum.
The construction of the Maritime Museum began in February 1992 and was completed in October 1993.It was officially declared open on 13 June 1994 by the then Honourable Prime Minister of Malaysia,Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad.This museum features the maritime history of Melaka from the four eras,namely,the Golden Era of the Melaka Malay Sultanate (1400-1511),the Portuguese Era (1511-1641),the Dutch Era (1641-1795) and the British Era (1824-1957) up to the time of independence of Malaya in 1957.
The main focus of the museum is on Melaka 's maritime history and its glory its exhibits include a variety of spices,a diaroma, audio visuals.ancient maps,models of ships and artifacts related to maritime Melaka.This museum serves to remind us that when we lose political power,we lose everything.
Subscribe to:
Posts (Atom)