Kehilangan Flor de la Mar dilaporkan :
"…Selepas merampas harta, Portugis kembali belayar ke Goa dibawah arahan Alfonso de Albuquerque dengan 4 kapal yang lain dan tongkang. Cuaca adalah baik dengan laut yang tenang apabila tiba-tiba; ketika belayar pada waktu malam disepanjang pesisir pantai Sumatera, kapal telah diserang oleh taufan yang dahsyat dengan ombak yang besar dan panah petir. Cuba untuk mencari perlindungan di pantai, Capitan lama dan gemilang telah menjadi kapal karam di pantai. Tubuh busuk dan lamanya itu terbuka sendiri dan kapal telah terbelah mejadi 2 bahagian. Bahagian belakang tenggelam sepenuhnya dibawah pasir dan akhirnya dimusnahkan oleh ombak.
Di dek, Albuquerque berusaha menyelamatkan anak
perempuan dari salah seorang hambanya yang sedang menunggu ajal. Dalam situasi
penuh dahsyat, sampan siar dari kapal terdekat, the Trinity, berjaya
menyelamatkan Laksamana dan beberapa orang Portugis, 5 jumlahnya. Namun, kapal
tersebut telah hilang sepenuhnya dengan kekayaan barangan muatannya dan lebih
400 orang laki-laki...Dengan Flor do Mar hilang akan harta karunnya untuk Raja,
emas, mutiara, berlian dan batu permata. Antara kesan-kesan peribadi Gabenor
dua singa dalam loyang dan gelang sihir yang terkenal Raja Sabandar ...”
Dari lapor an asal Albuquerque yang
diterjemahkan kedalam bahasa Melayu (surat ditulis panjang):
“Wang dalam emas, perak, tembaga, dan timah
dicipta di Melaka. Kebanyakan wang syiling timah hilang dalam Flor do
Mar…"
Flor de la Mar, atau Flor do Mar (Si Kuntum Laut) adalah kapal nau milik Portugis yang boleh menjangkau berat sehingga 400 tan, kapal ini direkodkan telah menyertai pelayaran lebih dari 9 tahun di Lautan India sehingga akhirnya dilaporkan karam pada November 1511. Kapal tersebut dibuat di Lisbon pada 1502. Pelayaran pertamanya adalah dibawah arahan pengemudian Estavao de Gama (abang kepada Vasco de Gama). Namun pada pelayaran kedua, kapal ini telah dibawa ke India oleh pihak Portugis pada tahun 1505. Pada pelayaran balik, ia telah belayar disekeliling pantai Tanjung Harapan sebelum kembali ke Mozambique untuk diperbaiki. Selepas dibaiki, Ia menyertai ekspedisi penjajahan Ormuz pada tahun 1507. Juga mengikuti ekspedisi pertempuran Diu pada tahun 1509, berjaya menawan Goa pada tahun 1510.
Kapal Flor de la Mar juga turut menjadi saksi tentang pelayaran Afonso de Albuquerque, apabila beliau kembali dalam kejayaan menawan kota Melaka pada 1511, dimana kapal tersebut dipenuhi dengan pelbagai barangan berharga dan harta yang melimpah ruah termasuk berdozen-dozen emas, tembikar, khazanah manuskrip yang dianggarkan bernilai berbillion-billion pound untuk Raja Portugis. Namun dalam pelayaran akhir tersebut, kapal ini telah karam dan tenggelam di Selat Melaka. Atas sebab itu kehilangannya terus menjadi misteri, dan hak empunya bangkai yang masih belum dijumpai masih kekal menjadi kontroversi. Replika kapal telah diwujudkan dan diabadikan sebagai rumah pameran untuk Muzium Samudera Maritim di Melaka, Malaysia sehingga ke hari ini.
No comments:
Post a Comment